Hari ni posting cerita tentang semangat patriotisme la pulak. Hari Merdeka Malaysia jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957...hari esok@ tahun ni merupakan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-57. Alhamdulillah syukur......sudah 57 tahun kita bebas dan menikmati kemerdekaan. Semoga ianya berterusan sampai bila2.
Aku amat tertarik dengan tema Kemerdekaan pada tahun ini...DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA. Mula2 x tau pon tahun ni guna tema ni(mmg kita x alert sgt pon...tp x bermaksud kita tiada semangat kemerdekaan tau). Satu hari waktu jalan2 sekitar Tawau Town...nampak sebijik teksi yang letak sticker DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA. Time tu sangat heran...dalam banyak2 perkataan kenapa guna yang tu. FYI...time tu lagu tema DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA belom aktif dipsg di corong radio. Taula...time puasa, lagu raya je yg sibuk berkumandang. Tanpa buang masa terus cari encik Google...patutla, tema kemerdekaan rupanya. Secara kebetulan pula Tawau FM pasang lagu tema DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA. Dalam hati(cam tau je radio ni..hihi)
Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Bob Yusof
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Korus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Sumber: liriklagumuzika
Lagunya x slow sgt...rancak pon tak, biasala...lagu patriotik. By the way....memang best. Two thumbs up!!! Tapi cam penah dengan lirik DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA....yup, lirik lagu Sudirman lagu WARISAN.
"Tema 'Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' boleh dianggap sebagai
satu yang istimewa kerana ia lebih menusuk kalbu. Ia bercakap mengenai
kecintaan kepada negara dengan lebih mendalam lagi. Cinta bukan sahaja
kepada negara tetapi melangkaui segala aspek dalam kehidupan rakyat
Malaysia," ulas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek. (Sumber:AstroAwani)
Oo...i see, no wonder. Aku setuju sangat dengan tema ni. Sebagai generasi baru yang lahir selepas kemerdekaan...ramai dikalangan anak muda yang tidak begitu mendalami pengertian kemerdekaan malah ada yang bersikap tidak ambil peduli. "Buat apa nak sambut kemerdekaan...leceh la sikit2 perbarisan "" Daripada sibuk dengan sambutan bagus pagi tengok wayang" " Kalau ada buat konsert baru best"
Itu mungkin sebahagian dari kata2 anakmuda masa kini...tapi tak semua berfikiran macam tu. Hanya sesetengah orang sahaja.
Beberapa tahun ini ...begitu banyak peristiwa sedih yang negara kita lalui. Sebagai rakyat...saya turut terasa. Bermula dari tahun 2013...peristiwa Tanduo(Lahad Datu standoff) yang mengorbankan pasukan keselamatan. Tahun yang cukup mencabar bukan saja pada negara...tapi juga pada diriku. Encik hubby tercinta terlibat dalam misi mengempur pengganas Suluk...lagi tambah merisaukan bila hubby terlibat di barisan hadapan. Setiap hari tak putus2 berdoa keselamatannya. Hati mana tak risau....nasib baik encik hubby contact, sekurang2nya tau keadaanya(time tu tak boleh call...tp kena tggu call dari hubby takut nnti pengganas dgr bunyi fon). Waktu tu makan minum memang xde selera...yaya (my daughter bam2) pula masi dalam perut time tu. Alhamdulillah...akhirnya perang tu berakhir juga dengan kemenangan pasukan keselamatan Malaysia. Walaupon saat2 seblom berakhir amat menakutkan...tapai sekarang aku amat berbangga dengan encik hubby. Dia bukan saja heroku....tapi juga hero negara. Tambah membanggakan lagi bila dia dianugerahkan sijil keberanian(satu2nya penerima)
Bila tahun 2014 menjelma....negara kita sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada bulan Mac. Dengan tiba2 Malaysia terus terkenal seantero dunia. Rakyat negara2 luar yang selama ini tidak kenal Malaysia...baru menyedari kewujudan negara kecil ni. Dalam musibah ini rupa2nya ada hikmah juga. Pelbagai andaian di buat tentang peristiwa ni. Aku pon taknak buat andaian sebab aku tak tahu...hanya Allah yang maha mengetahui. Cuma berharap dan berdoa semoga pesawat ini dijumpai.
Rupa2nya dugaan Allah bukan itu sahaja....pada 17julai2014, pesawat MAS iaitu sekali lagi menjadi mangsa. Kali ni melibatkan pesawat MH17 penerbangan dari Belanda telah ditembak jatuh. Teringat lagi encik hubby penah cakap...ada pesawat MAS terhempas ken tembak. Mula2 tak caya....tapi bila tengok berita kat tv, baru percaya. Innalillahi wainnalillahi rajiun ...sunggut menyayat hati, semua penumpang terkorban.
Alhamdulillah....disebalik peristiwa2 ini, apa yang aku lihat seluruh rakyat Malaysia mula bersatu. Rasanya itu adalah sebahagian hikmah yang Allah datang. Selepas kejadian ini.....rasa cintaku pada negara, keamanan dan kebebasan makin bercambah. Melihat peperangan di Gaza pula.....yang mengorbankan begitu ramai nyawa yang tidak berdosa menguatkan lagi rasa cinta dengan negara. Syukur kerana kita masih hidup aman dan bebas ke mana saja. DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.....KERANAMU MALAYSIA!!!
suka dengar lagu dia....besttt
ReplyDeletememang best....suara bob sedap didengar
ReplyDelete