Thursday, 16 October 2014

Kanser dan rawatan alternatif!!!

Assalammualaikum......sempena hari Jumaat yang penuh barakah ni, tiba2 rasa nak share pasal kanser dan rawatan alternatif. KANSER!!!
>>Dengar je perkataan ni sumer rasa takut. Napa ye? Sebab kanser membawa maut dan x mengenal usia, jantina atau kedudukan seseorang. Ain sendiri pon gerun dengan kanser ni. Kat Malaysia ni ada pelagai jenis kanser yang selalu kita dengar contoh kanser payudara dan rahim yang famous dikalangan kaum hawa. bole katakan kanser jenis ni pembunuh utama wanita.
>>Actually...Ain xnak sentuh sangat pasal kanser ni tapi Ain nak share pada semua bahawa sesadis mana pon kanser itu pasti ada ubatnya.
>>Vitamin B17...pasti ada saper2 yang penah dengar, iaitu vitamin yang terkandung dalam Aprikot. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Walaupun DIA menurunkan penyakit pada manusia...tapi dalam masa yang sama DIA menyediakan ubatnya dengan beri peluang pada hambaNya meneroka alam yang luas ini.

^^^Memperkenalkan Kapsul Aprikot Ndlife ...keluaran Bumiputra^^^
Sedikit info>>>
    ~KAPSUL BIJI APRIKOT adalah pembunuh sel kanser yang telah diakui oleh doctor dan ramai penggunanya berikutan ianya KAYA DENGAN B17 dan pahit!!! Sebiji kapsul mengandungi 4-5biji biji apricot yang diproses dan dikapsulkan bagi memudahkan pengambilan.

Kapsul Biji Aprikot (Vitamin B17) Penawar Kanser!

~Mampu merawat dan mencegah penyakit kanser.
~Kaya dengan Amigladin.
~Mampu merawat penyakit kronik yang lain.
~Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi dan kolsterol dalam darah
~Mengimbangkan kandungan gula dalam darah
~Meningkatkan kesihatan mental dan memori
~Membersih dan mencuci arteri jantung
~Mengurangkan sakit sendi
~Membantu masalah buasir
~Berfungsi sebagai tonik dan antioksidan yang mampu menyingkirkan toksin dengan cepat dalam badan
~Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
~Menyelesaikan masalah senggugut dan keputihan menghilangkan bau hamis
~Membantu mengatasi masalah gatal-gatal kulit dan alahan
~Menyelesaikan masalah JERAWAT dan RESDONG
~Menghaluskan kulit
~Anti PENUAAN
~Mengecutkan TUMOR
~Melawaskan pembuangan air besar

Setiap kapsul gelatin halal mengandungi 4-5 biji aprikot yang pahit.

PENGAMBILAN:
5 biji selepas makan -langkah pencegahan
5 biji, 3 kali sehari selepas makan- penyakit kronik


HARGA HANYA RM50 SEBOTOL.(100KAPSUL)...MURAH DAN BERBALOI BUKAN
>>>>SMS/WHASSAP 0142000400 

Sunday, 12 October 2014

3th October 2014....my little bam bam Yaya 1 year already!!!

Bismillahirahmanirrahim......dah lama tak update belog. Dah lebih sebulan...bizi memanjang sampai tak sempat mengayat. Hari ni dah 12 oct 2014...umur Yaya dah 1 tahun 9 hari. Setiap hari ada saja perkara baru yang dibuat anakku. Biasalah budak dah pandai jalan...habis 1 rumah dironda. Tapi kat umah memang bosan sebab tinggal berdua je. Abah Yaya dah masuk operasi 3 bulan. Kali ni memang mencabar sebab tak dapat contact...encik hubby kat pedalaman. Sedih memang sedih tapi dah tanggungjawab...kerja untuk keamanan rakyat. Sebagai isteri hanya mampu bersama dan redha๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Malas nak bersedih2...jalankan hidup seperti biasa, apa yang pasti kesibukan keje dan mengurus Yaya buatku tidak terlalu fikirkn kesedihan tu. Ain....fighting!!!!

Friday, 29 August 2014

A DAY BEFORE MERDEKA DAY( Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta)!!!

Hari ni posting cerita tentang semangat patriotisme la pulak. Hari Merdeka Malaysia jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957...hari esok@ tahun ni merupakan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-57. Alhamdulillah syukur......sudah 57 tahun kita bebas dan menikmati kemerdekaan. Semoga ianya berterusan sampai bila2.

Aku amat tertarik dengan tema Kemerdekaan pada tahun ini...DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA. Mula2 x tau pon tahun ni guna tema  ni(mmg kita x alert sgt pon...tp x bermaksud kita tiada semangat kemerdekaan tau). Satu hari waktu jalan2 sekitar Tawau Town...nampak sebijik teksi yang letak sticker DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA. Time tu sangat heran...dalam banyak2 perkataan kenapa guna yang tu. FYI...time tu lagu tema DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA belom aktif dipsg di corong radio. Taula...time puasa, lagu raya je yg sibuk berkumandang. Tanpa buang masa terus cari encik Google...patutla, tema kemerdekaan rupanya. Secara kebetulan pula Tawau FM pasang lagu tema DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA. Dalam hati(cam tau je radio ni..hihi)

Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Bob Yusof

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Korus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang


Sumber: liriklagumuzika

Lagunya x slow sgt...rancak pon tak, biasala...lagu patriotik. By the way....memang best. Two thumbs up!!! Tapi cam penah dengan lirik DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA....yup, lirik lagu Sudirman lagu WARISAN. 
"Tema 'Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' boleh dianggap sebagai satu yang istimewa kerana ia lebih menusuk kalbu. Ia bercakap mengenai kecintaan kepada negara dengan lebih mendalam lagi. Cinta bukan sahaja kepada negara tetapi melangkaui segala aspek dalam kehidupan rakyat Malaysia," ulas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. (Sumber:AstroAwani)
Oo...i see, no wonder. Aku setuju sangat dengan tema ni. Sebagai generasi baru yang lahir selepas  kemerdekaan...ramai dikalangan anak muda yang tidak begitu mendalami pengertian kemerdekaan malah ada yang bersikap tidak ambil peduli. "Buat apa nak sambut kemerdekaan...leceh la sikit2 perbarisan "" Daripada sibuk dengan sambutan bagus pagi tengok wayang" " Kalau ada buat konsert baru best"
Itu mungkin sebahagian dari kata2 anakmuda masa kini...tapi tak semua berfikiran macam tu. Hanya sesetengah orang sahaja. 
Beberapa tahun ini ...begitu banyak peristiwa sedih yang negara kita lalui. Sebagai rakyat...saya turut terasa. Bermula dari tahun 2013...peristiwa Tanduo(Lahad Datu standoff) yang mengorbankan pasukan keselamatan. Tahun yang cukup mencabar bukan saja pada negara...tapi juga pada diriku. Encik hubby tercinta terlibat dalam misi mengempur pengganas Suluk...lagi tambah merisaukan bila hubby terlibat di barisan hadapan. Setiap hari tak putus2 berdoa keselamatannya. Hati mana tak risau....nasib baik encik hubby contact, sekurang2nya tau keadaanya(time tu tak boleh call...tp kena tggu call dari hubby takut nnti pengganas dgr bunyi fon). Waktu tu makan minum memang xde selera...yaya (my daughter bam2) pula masi dalam perut time tu. Alhamdulillah...akhirnya perang tu berakhir juga dengan kemenangan pasukan keselamatan Malaysia. Walaupon saat2 seblom berakhir amat menakutkan...tapai sekarang aku amat berbangga dengan encik hubby. Dia bukan saja heroku....tapi juga hero negara. Tambah membanggakan lagi bila dia dianugerahkan sijil keberanian(satu2nya penerima)
Bila tahun 2014 menjelma....negara kita sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada bulan Mac. Dengan tiba2 Malaysia terus terkenal seantero dunia. Rakyat negara2 luar yang selama ini tidak kenal Malaysia...baru menyedari kewujudan negara kecil ni. Dalam musibah ini rupa2nya ada hikmah juga. Pelbagai andaian di buat tentang peristiwa ni. Aku pon taknak buat andaian sebab aku tak tahu...hanya Allah yang maha mengetahui. Cuma berharap dan berdoa semoga pesawat ini dijumpai. 
Rupa2nya dugaan Allah bukan itu sahaja....pada 17julai2014, pesawat MAS iaitu sekali lagi menjadi mangsa. Kali ni melibatkan pesawat MH17 penerbangan dari Belanda telah ditembak jatuh. Teringat lagi encik hubby penah cakap...ada pesawat MAS terhempas ken tembak. Mula2 tak caya....tapi bila tengok berita kat tv, baru percaya. Innalillahi wainnalillahi rajiun ...sunggut menyayat hati, semua penumpang terkorban. 

Alhamdulillah....disebalik peristiwa2 ini, apa yang aku lihat seluruh rakyat Malaysia mula bersatu. Rasanya itu adalah sebahagian hikmah yang Allah datang. Selepas kejadian ini.....rasa cintaku pada negara, keamanan dan kebebasan makin bercambah. Melihat peperangan di Gaza pula.....yang mengorbankan begitu ramai nyawa yang tidak berdosa menguatkan lagi rasa cinta dengan negara. Syukur kerana kita masih hidup aman dan bebas ke mana saja.  DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.....KERANAMU MALAYSIA!!!

Thursday, 28 August 2014

Jumaat yang indah dan penuh barakah

Alhamdulillah....masih bernafas lagi di bumi Allah yang indah ini. Hari Jumaat yang indah...penghulu segala hari. Hari yang terbaik untuk berdoa untuk memohon keampunan dari Allah S.W.T(bukan bermaksud hari lain x elok tau...tapi rasanya semua pon dah maklum๐Ÿ˜). Semoga segala urusanku dipermudahkan hari ini...amin.                                          

Wednesday, 27 August 2014

mY fIRST BeLOG...SimpLy Me

Image result for bismillah
Alhamdulillah...akhirnya bersiaran juga belog pertamaku. Still study ag caner nak proceed pas ni :D                                                                                                                                                           
Extra feeling: bwahaha ;D!!!
Hari ni hati cam bebunga2 pula menanti kepulangan encik hubby dari kursus Sibu->Kuching->Kota Kinabalu->Tawau...yeaha, ciannya mesti encik hubby penat asyik naik flight jek 1 hari ni.